Sunday 29 March 2015

Tips Kandungan Trimester Pertama


ALHAMDULILLAH.....

Tahniah pada ibu-ibu yang sedang menjalani detik trimerter pertama... ^_^
Bagi ibu yang sedang hamil anak pertama pasti lebih teruja kan... ^_^
Jika anda seorang bapa, tahniah kepada anda kerana anda seorang suami dan bakal bapa yang mengambil berat ttg anaknay sejak awal usia kandungan lagi... ^_^
Disini saya ingin kongsikan panduan untuk menghadapi trimester pertama.

1. Pemeriksaan Antenatal
Ini amat penting untuk ibu mengetahui usia kandungan dan jangkaan tarikh bersalin.
Walaupun anda berhajat untuk bersalin di hospital swasta,saya nasihatkan anda buat pemeriksaan di klinik kerajaan sahaja.. Bukan sahaja lebih ekonomi,sekiranya tiba-tiba anda bersalin lebih awal, mungkin dah tak sempat nak ke hospital swasta... terpaksa bersalin kat hospital kerajaan jugak kan... ^_^
KITA HANYA MAMPU MERANCANG,TAPI HANYA ALLAH YANG MENENTUKAN..
2. Mencari maklumat
Ketika ini, ibu-ibu perlulah mencari maklumat tentang pengalaman-pengalaman ibu hamil(terutama jika anda hamil anak pertama),sebagai persediaan mental kpd anda. Taklah anda stress jika ada apa-apa masalah seperti loya,tak boleh bau suami,simpul biawak and macam-macam lagi lah....
Setiap orang lain ragamnya...
Selain itu perlu juga mencari maklumat tentang proses kelahiran dan selepas kelahiran terutama tentang penyusuan. Sekiranya anda ibu yang bekerja,anda perlu merancang samada untuk menyusui anak sepenuhnya atau berikan susu formula apabila anda bekerja.
Sekiranya anda memilih untuk memberikan susu ibu sepenuhnya,anda perlu mencari maklumat tentang perlaksanaannya...
firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba  yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”
(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)
SUBHANALLAH,MULIANYA IBU...
3. Makan secara sihat
Ramai ibu yang mengambil kesempatan..katanya makan untuk dua orang! ^_^
Tak perlu lah macam tu ye. Keperluan tenaga hanya meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir. Apa yang perlu korang pastikan ialah diet seimbang. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran at least 5 kali sehari. Jangan skip breakfast ye. Seeloknya makanlah bijirin penuh baru lah tak sembelit sebab ada fiber yang tinggi. Jangan lupa juga sumber protein seperti ikan, daging, telur dan susu serta produk tenusu.
Diawal usia kandungan,ibu hendaklah menjaga pemakanan seharian.
Ini disebabkan janin masih sangat lemah, kekurangan vitamin akan menggangu pertumbuham janin dan boleh menyebabkan keguguran. Nutrisi sangat penting untuk menjaga awal kehamilan.
Ibu hamil yang kekurangan zat besi boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang.
Kekurangan vitamin dan nutrisi pada ibu hamil akan menjejaskan fizikal bayi ketika dilahirkan. Oleh itu, amat penting untuk ibu mengambil pemakanan yang sihat sejak dari awal trimester lagi
4.Banyakkan minum air untuk elak dehidrasi
Normal bagi ibu yang dalam trimester pertama kehamilan mengalami mual, loya dan muntah-muntah kerana perubahan hormon dalam badan. Adakalanya hingga ibu terpaksa di tahan di wad kerana kehilangan banyak air dalam badan (dehidrasi). Jadi, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Air yang mencukupi dalam badan dapat mengelakkan anda dari sembelit!
5.Elakkan penyebab muntah
Paling utama, makanlah dalam kuantiti yang sedikit tapi dengan kerap untuk elakkan muntah. Waktu preggy ni macam-macam alahan bau yang mungkin ibu alami terutamanya waktu trimester pertama kehamilan. So, elakkanlah dari dekat atau cium bau yang tidak menyenangkan tu.
Jika baring, bangunlah perlahan-lahan untuk mengelakkan pitam
 
6. Makan ikan
 
Beberapa kajian yang menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 memberi kesan yang baik pada praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi terutamanya di trimester akhir kehamilan. Sebabnya minyak ikan tu dah complete dengan protein, mineral, vitamin D dan juga asid lemak omega 3. So, waktu preggy rajin-rajinlah makan ikan yer...
 
7. Senaman lantai pelvis @ kemut
 
Lakukan senaman lantai pelvis atau lebih dikenali sebagai senaman kegel seeloknya 3 kali sehari. Mudah je, sambil tengok tv pun boleh buat...
Senaman kegel ni sangat membantu ibu untuk menguatkan lantai pelvis dan sebagai persediaan masa nak bersalin nanti. Lagipun senaman ni memang elok sangat untuk ibu selepas bersalin.
 
senaman kegel
 
8. Kurangkan kafein
 
Ada kajian yang mengatakan pengambilan kafein yang terlalu banyak semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi lahir dengan berat badan yang ringan atau meningkatkan risiko keguguran. Bukan tak boleh minum langsung, tapi seeloknya kurangkanlah paling banyak pun 2 cawan kopi sehari atau 4 cawan teh.
Lagipun kafein ni menghalang penyerapan vitamin dan juga zat yang kita makan. Nanti sia-sia je makan semua tu. Sebaik-baiknya beralihlah kepada  jus buah-buahan segar dan air kosong.
 
9. Rajin-rajinlah bersenam
 
Siapa kata waktu preggy tak boleh bersenam? Boleh..tapi berpada-padalah..janganlah buat aktiviti lasak yer. Memadai hanya senaman ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air. Pakar perubatan menyatakan senaman beri kesan yang positif pada bahan kimia otak iaitu serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan.
Senaman juga memberi kesan ketika proses kelahiran...
Kebanyakan ibu yang kurang bergerak ketika hamil menghadapi kesukaran untuk pintu rahim terbuka semasa proses kelahiran.
ENJOY YOUR FIRST TRIMESTER....^_^
 

Alu-aluan

Bismillah...
Assalamualaikum semua.....
Tujuan utama pembinaan blog ini adalah untuk berkongsi dengan ibu-ibu diluar sana pengalaman dan tips untuk ibu-ibu yang sedang melalui proses kehamilan, yang sedang menyusukan anak, atau yang sedang membesarkan anak samada anda ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah sepanjang masa ....
Sebab tu nama blog ni Iron_mom....^_^
Walaupun anda letih bekerja seharian,ia tidak menjadi halangan dan alasan kepada anda untuk menjadi seorang ibu.
Tahniah!!!!
Anda wanita yang hebat....^_^